Wednesday, February 18, 2009

jagung,



balik keja tgk la bdk2 dok main bola kt dpn rmh. aku tgk rumput yg aku tanam 3 bln lalu x mendatangkan hasil. last aku amik cangkul aku bt 2 batas... mula2 malu gak nk pgg cangkul ni. kang jiran2 tgk apa plak dorang cakap. asyik dok pgg cangkul jer.. aku pikir asal nk malu plak. huhuhu jarang ada org duduk rmh perumahan berkebun. huhuhu





ari 2 ada beli benih jagung 1357. so aku nk la try rasa jgk benih jagung yg aku beli ni. mahal gak. 500g rm80.00. tp x per la... minat punya pasal nk nk belajar tanam. kawan serumah aku banyak membantu aku tanam jagung ni. dia ponasal dr golongan petani tahu la cara tanam jagung ni. tanam x der la banyak dlm 100 pokok jer permulaan. so dapat la belajar tanam jagung ni, penyakit jagung ni dll. sblm bt besar²an kena bt kecik² dlu. faham pokok jagung ni. skrg dah 4 mggu jagung ni.. nanti bleh la tuai jagung ni.
jagung ni ada gak yg subur menghijau n ada gak yg bantut. so nasib jgk la.. slalu dorang ckp pasal benih jagugn ni jgk. ada yg benih besar n kecil. so dr situ la nk taw jagung ni besar or kecil.

x siap lg???

aiyo.... dah bln feb dah ni... pokok2 x abis lg bakar n kemas... dgr kata bln 4 ni dah start hujan.. klau dah start hujan nanti x dapat la nak bakar kayu2 ni.... harap2 sempat la kemas kayu² ni... ni pon tiap mggu aku balik kemas sket2... mana nk abis slalu buat sorang2 jer.... kdg2 ada gak sepupu n pakcik aku dtg tolong.... ringan la sket beban aku.... tp kayu² still banyak lg ni.. mcm mana.. kang x cukup masa n target nk tanam bln 3 or 4 ni x jadi plak....

hurm.. terpaksa la upah org kemaskan kayu2 ni... upah yg dia mintak mahal gak... ribu² gak.. nk jer cari indon tp kang takut keja x siap dah cabut plak.... hurm mcm mana ni.... last dpt contack cina ni. dia kata dia bleh bersihkan n buang semua tggul... mahal gak dia amik tp dia cakap keja siap baru bayar. ok gak kan.

banyak gak modal utk nk mula benda ni... ni baru nk settlekan pokok². blom lg nk bajak tanah 2... benih ank pokok lg... hurm... skrg semua duit... tp x per la pelan2 kayu.. janji ada minat n semangat nk bt benda ni cukup ar...

Sunday, January 4, 2009

tahun 2009 bermula dgn rasminya projek ku

saban tahun tiada perubahan dalam diri ku untuk mengubah nasib ku.. kini tahun 2009 titik mula untuk aku mula mencuburi bidang berkaitan perternakan dan pertanian. setelah tamat pengajian politeknik (dis 2007) dlm jurusan kejuteraan awam, aku mula bekerja di kuala lumpur (feb 2008).

setelah setahun bekerja ada la sket modal untuk bt bisnes ni... bermula dgn 33 ekor ayam belanda aku memulakan bisnes ni. tanpa sebarang pengetahuan atau kursus tentang ayam belanda ni aku nekad untuk menceburi budang ni. tapi kini tggl 25 ekor yg hidup. huhuhu lumrah alam yg lemah akan mati, tggl yg kuat untuk hidup. itu x mematahkan semangat untuk terus majau tp boleh memahami tentang ayam belanda ni. disamping membela ayam belanda ada juga membela ayam kampung, angsa dan ayam api-api. tp khusus untuk bela yam belanda la. klau dapat dikembangkan di bahagian selatan tanah air amat bagus untuk membela ayam ni kerana di utara sudah ramai yg sudah pandai mkn ayam belanda ni. cuma di selatan kurang dgn ayam belanda ni.



3 januari 2009



tanah yg dulunya hutan belantara kini sudah terang dan tiada lg pokok hutan yg menutupi kawasan tanah. khidmat back hoe dipanggil untuk menerangkan tanah. pergh... 2 hari jer semua pokok tumbang. dapat la tanah tu diusahakan dgn tanaman yg dapat mendatangkan hasil. ikut hati ni semua tanaman nk tanam cuma tanah x der la besar sgt. ada la dlm -+1ekar. ingat nk tanam pisang berangan jer penjagaan mudah n hasil yg lumayan. permintaan untuk pisang berangan mmg tidak penah cukup. so bleh la letak harga tggi sket. huhuhu...



1st pokok yg telah tumbang nk kena bakar. banyak jugak sampah setelah tolak ni.. kayu2 besar kena potong n simpan untuk bt pagar dll. monyet semua cabut.. x der la lg tempat utk monyet2 ni tido... kena cari tempat baru la. huhuhu so target dlm bln 2 or 3 maybe bleh la start utk tanam pisang. kena la aku slalu balik kg kemas pokok yg tumbang ni. ayam2 pon nk kena tgk jgk... huhuhu